Ramai orang menggunakan kaedah yang tidak tepat dalam
mempromosikan perniagaan MLM mereka di internet.
Elemen yang terpenting di dalam menjalankan perniagaan
MLM di internet adalah untuk mendapatkan informasi
pengunjung ataupun prospek yang melawat laman web anda.
Kaedah yang paling mudah adalah dengan menggunakan
Lead Capture Page. Kadang-kadang ianya di panggil
sebagai Gateway page, Squeeze Page ataupun Landing
Page. Walau apapun nama yang di berikan fungsi utama
laman web sebegini adalah untuk mendapatkan maklumat
prospek anda sebelum mereka meninggalkan laman web
anda !
Di antara maklumat penting yang anda perlu dapatkan
ialah nama penuh, dan alamat emel. Selain daripada
kedua-dua maklumat ini, anda juga di galakkan untuk
mendapatkan nombor telefon prospek anda juga.
Lead Capture Page adalah satu laman web yang simple
sahaja dan semata-mata untuk mendapatkan maklumat
prospek anda.
Contohnya adalah seperti yang terdapat di dalam laman
web Niaga MLM Online iaitu di Niaga MLM Online .
Apa yang anda perlukan jika anda ingin membina lead
capture page anda sendiri ?
1) Tapak laman web (saya menggunakan perkhidmatan
daripada wwkiosk yang boleh anda layari di
http://www.wwkiosk.com/members/smartsuccessteam.com )
2) Domain name iaitu nama alamat web anda seperti
www.niagamlmonline.com . Saya membeli domain names
saya dari http://www.namecheap.com
3) Software WYSIWYG untuk membina web anda (html)
seperti frontpage. Anda tidak perlu tahu terlalu
banyak tentang HTML untuk membina web anda. Software
seperti Frontpage boleh anda aplikasikan seperti mana
anda menggunakan microsoft word. Jika anda tidak ada
Frontpage, boleh dapatkan software membina web yang
percuma seperti NVU.
4) Anda perlu ada FTP program untuk upload web anda ke
www untuk dapat di lihat oleh orang lain. Ada banyak
FTP software percuma di internet.
5) Anda perlu ada autoresponder untuk membolehkan anda
menghantar emel kepada prospek anda secara automatik
di dalam jangka masa yang anda tentukan. Ada banyak
autoresponder yang berkualiti seperti aweber dan
getresponse. Saya menggunakan emailaces sebagai
autoresponder saya . Anda boleh mendapatkan maklumat
tentang emailaces di http://bigeast.emailaces.com
Dengan menggunakan kaedah lead-capture-page anda boleh
mendapatkan maklumat prospek yang berminat sebelum
mereka meninggakan laman web anda. Selepas melihat
lead capture page anda dan prospek anda berminat untuk
mendapatkan maklumat lanjut, mereka akan mengisi
borang di dalam web anda . Borang tersebut telahpun
anda masukkan dengan maklumat autoresponder anda dan
apabila prospek anda menghantar borang tersebut mereka
akan menerima "welcome" emel dari anda yang di lakukan
secara automatik oleh program autoresponder anda !
Anda jika mungkin telah "setkan" web anda untuk pergi
ke laman web di mana prospek anda boleh mendapatkan
maklumat lebih lanjut tentang perniagaan MLM anda.
Jika prospek anda meninggalkan laman web anda pada
masa ini, anda tidak perlu risau kerana anda sudahpun
mempunyai maklumat mereka. Dengan menggunakan
autoresponder anda boleh terus membuat tindakan
susulan terhadap prospek anda dalam jangka masa yang
panjang.
Selalunya prospek hanya akan membeli atau menyertai
anda setelah 5-7 kali anda membuat tindakan susulan.
Selamat mencuba !
Friday, August 22, 2008
Promosikan MLM anda di internet mengunakan kaedah Lead Capture Page
Posted by
rahsiamlm
at
4:53 PM
Labels: lead-capture-page, rahsia mlm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






.gif)


No comments:
Post a Comment