Tuesday, January 15, 2008

Dapatkan software percuma bagi membantu online bisnis anda

Online bisnis memerlukan pelbagai tools untuk memastikan ianya akan berjalan secara autopilot. Walaubagaimanapun sekiranya anda menjalankan Online MLM, mesti ada unsur-unsur perhubungan (relationship) di antara anda dan pelanggan atau prospek anda. MLM memerlukan Hi Tech Hi Touch approach dan semata-mata menggunakan internet tidak akan berhasil dengan berkesan.

Walaubagaimanapun jika anda memerlukan software secara percuma untuk memantapkan online bisnis anda, saya akan berikan sumbernya kepada anda. Tricknya di dalam laman web itu nanti, nanti perlu sentiasa melihat apakah software yang akan di berikan secara percuma pada hari tersebut.

Software tertentu boleh anda download secara percuma semasa promosi satu hari atau selama 24 jam. Jika ada software yang menarik minat anda, bawa turun software tersebut. Saya selalunya membaca dahulu komen dan rating dari pengunjung yang telah membawa turun software tersebut untuk memastikan kualiti software yang di bawa turun.

Software ini semua bukannya free, gratis atau percuma, cuma pada satu hari sahaja ianya di benarkan untuk di bawa turun secara percuma. Jika anda terlepas, maka anda kena bayar harganya di mana ada yang bernilai lebih daripada USD50. Jadi saya rasa amat berbaloi jika anda boleh membawa turun software atau perisian yang mungkin boleh membantu anda di dalam menjalankan perniagaan home business anda dari rumah.

Selamat mencuba dan anda terus sahaja ke laman web Giveaway of the day .

Lebih banyak tips dan maklumat tentang bagaimana anda boleh menjalankan bisnis MLM anda secara online dengan melanggan ezine "Niaga MLM di Internet".

Salam Sejahtera !

Khairul Aza

a.ka. "HomeBusiness Richdad"

No comments: