Tuesday, January 15, 2008

Internet Marketing Workshop by Coach Mark Davis

Pada 12 Jan yang lepas saya menghadiri kursus Internet marketing Workshop yang di berikan oleh Coach Mark Davis The Google Superman.

Topik Workshop selama satu hari itu berkisar tentang kaedah bagaimana memperolehi prospek melalui Social Networking sites.

Banyak yang saya dapat melalui kursus tersebut dan ramai juga kenalan-kenalan baru yang di kenali semasa kursus itu yang di adakan di Royal Commonwealth Society di Damansara Heights.

Saya juga dapat ilmu lebih sikit dengan "bribe" Mark Davis macam gambar kat bawah tur .....






Di bawah ini juga ada video klip terbaru tentang Niaga MLM di Internet...




Salam Sukses Luar biasa !

Kaz Pearl of Orient

Dapatkan software percuma bagi membantu online bisnis anda

Online bisnis memerlukan pelbagai tools untuk memastikan ianya akan berjalan secara autopilot. Walaubagaimanapun sekiranya anda menjalankan Online MLM, mesti ada unsur-unsur perhubungan (relationship) di antara anda dan pelanggan atau prospek anda. MLM memerlukan Hi Tech Hi Touch approach dan semata-mata menggunakan internet tidak akan berhasil dengan berkesan.

Walaubagaimanapun jika anda memerlukan software secara percuma untuk memantapkan online bisnis anda, saya akan berikan sumbernya kepada anda. Tricknya di dalam laman web itu nanti, nanti perlu sentiasa melihat apakah software yang akan di berikan secara percuma pada hari tersebut.

Software tertentu boleh anda download secara percuma semasa promosi satu hari atau selama 24 jam. Jika ada software yang menarik minat anda, bawa turun software tersebut. Saya selalunya membaca dahulu komen dan rating dari pengunjung yang telah membawa turun software tersebut untuk memastikan kualiti software yang di bawa turun.

Software ini semua bukannya free, gratis atau percuma, cuma pada satu hari sahaja ianya di benarkan untuk di bawa turun secara percuma. Jika anda terlepas, maka anda kena bayar harganya di mana ada yang bernilai lebih daripada USD50. Jadi saya rasa amat berbaloi jika anda boleh membawa turun software atau perisian yang mungkin boleh membantu anda di dalam menjalankan perniagaan home business anda dari rumah.

Selamat mencuba dan anda terus sahaja ke laman web Giveaway of the day .

Lebih banyak tips dan maklumat tentang bagaimana anda boleh menjalankan bisnis MLM anda secara online dengan melanggan ezine "Niaga MLM di Internet".

Salam Sejahtera !

Khairul Aza

a.ka. "HomeBusiness Richdad"

Thursday, January 10, 2008

Bagaimana menganalisa tajuk atau headline iklan online bisnis anda

Dalam menjalankan perniagaan di internet, di antara faktor yang terpenting adalah mempunyai tajuk ataupun headline yang dapat menarik pelanggan atau pengunjung iklan anda untuk klik pada link di dalam iklan yang anda buat.

Jika tajuk atau headline iklan anda tidak menarik ataupun hanya anda sahaja yang syok-syok sendiri dengan tajuk iklan anda, lupakan niat anda untuk buat duit di internet melalui online bisnis anda.

Baru-baru ini saya melawati forum empowerboard dan mendapat satu maklumat yang agak menarik dan cool tentang bagaimana untuk menganalisa dan memastikan tajuk atau headline anda mendapat perhatian pengunjung di internet.

Online software ini akan menganalisa tajuk iklan online bisnis anda dan kemudian akan memberikan score ataupun markah kepada tajuk iklan anda. Selepas anda mendapat markah tersebut cuba edit dan tweak headline anda sehingga anda dapat meningkatkan score ataupun markah headline atau tajuk anda.

Ianya cool dan dapat membantu anda menjadi seorang penulis iklan atau copywriter yang berkesan dalam mempromosikan online bisnis atau online MLM bisnis anda.

Hanya ada satu masalahnya, anda mesti menulis tajuk iklan di dalam English untuk membolehkan online tool tersebut menganalisa tajuk atau headline anda. Tetapi tidak mengapa selepas anda mendapat tajuk yan mendapat markah tertinggi, translate sahaja tajuk tersebut ke dalam Bahasa Malaysia.

Sekarang anda sudah ada tajuk atau headline yang mendapat perhatian, anda cuma perlu mencubanya. Cuba masukkan tajuk dan iklan anda di dalam web-web iklan percuma yang banyak terdapat sekarang ini. Jika anda adalah member Smart Success Team dan telah menyertai Smart Internet Workshop, anda juga boleh menggunakan teknik tracking untuk memastikan "conversion" iklan anda. Tweak dan test semula sehingga anda dapat tajuk iklan yang terbaik.

Baiklah anda boleh mendapatkan tajuk iklan anda di analisa dengan melayari laman web di bawah ini dan masukkan headline anda di dalam English (di bawah 20 patah perkataan)

http://www.aminstitute.com/headline/

Dan lihat markah yang akan anda perolehi. Copy paste tajuk anda dan masukkan semula untuk di analisa tetapi anda ubah atau edit tajuk anda semula. Dapatkan markah yang sesuai dan mulakan kempen membuat iklan anda. Guna tracking untuk memastikan anda mendapat iklan yang terbaik.

Sebagai contoh saya masukkan headline atau tajuk di bawah dan setelah di analisa ianya mendapat 28.57% dan anda boleh membaca analisa yang di buat oleh tool di atas.

"Who Else Wants To Earn At Least 4240 in the Next 90 Days Fire Your Boss and Master Your Financial Future"

Selamat Mencuba. Jika anda ingin mendapatkan tips yang lebih hebat lagi, langgani secara percuma eZine "Tips Menjalankan Bisnis MLM anda di internet" dengan pergi ke web NiagaMLMonline.

Jumpa anda di lain tip. Keep it Simple

Jika anda berminat dengan artikel atu post ini, sila share kan dengan yang lain-lain dengan klik sahaja pada logo "Bookmark" di bawah. Atau jika anda lihat di sebelah atas kanan blog ini anda juga boleh melanggan terus blog ini dan anda akan menerimanya melalui emel atau rss anda setiap kali adanya update di dalam blog ini.

Tuesday, January 8, 2008

Mahu Menjadi seorang MLM Netprenuer di tahun 2008

Adakah anda salah seorang yang bercita-cita dan berimpian mahu membuat duit dari rumah menggunakan internet? Atau inginkan pendapatan sampingan melalui internet untuk melangsaikan hutang-hutang yang sentiasa membebankan anda sekarang ini?

Walau apapun matlamat dan impian anda, pokok pangkalnya anda ingin membuat online bisnis untuk mendapatkan wang untuk di gunakan untuk sesuatu tujuan, betul?

3 tahun yang lepas iaitu sebelum saya berjumpa dengan peluang MLM yang saya ceburi sekarang ini, saya juga sama seperti anda. Sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menambah pendapatan. Saya sering membayangkan pada suatu hari nanti saya boleh membuat online bisnis dan ternyata ianya menjadi kenyataan.

Walaupun apa yang saya jalankan adalah merupakan online MLM tetapi internet telah memberikan saya satu peluang untuk menjadi insan luarbiasa di dalam dunia MLM yang penuh dengan cabaran ini. Apatah lagi di tahun 2006 dan 2007 begitu banyak cabaran dan dugaan dari pelbagai skim yang menjatuhkan dan merosotkan populariti MLM.

Namun dengan adanya internet, saya dan kumpulan mampun bertahan di dalam industri MLM dan di dalam syarikat MLM yang kami ceburi. Malahan membuat duit di internet dengan MLM adalah lebih cepat mendapat pulangannya jika anda tahu cara dan kaedahnya menjalankan promosi di internet.

Anda boleh belajar melalui blog ini ataupun langgan sahaja eZine saya tentang >"Tips Menjalankan Bisnis MLM di internet" dengan klik di sini. Setiap minggu anda akan di hidangkan dengan tip-tip yang pernah saya gunakan sehingga saya boleh mencapai tahap tertinggi di dalam MLM yang saya ceburi dengan jaringan melebihi 50,000 orang di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Jika anda adalah ahli di dalam Smart Success Team anda akan menerima latihan Internet Marketing secara berterusan dan percuma dari saya dan team SST yang sudah mahir dalam mempromosikan MLM di internet. Belum lagi menjadi ahli? Jika berminat layari laman web Smart Success Team.

Dalam 2-3 hari lagi saya akan post kan tip pertama saya di dalam blog ini. Lebih banyak tip di dalam eZine Niaga MLM di internet. Dan lebih padat dan praktikal tipnya untuk SMart Success Team member.

Jumpa di lain post !

Bukan mudah menjadi seorang usahawan berjaya di dalam MLM

Usahawan MLM berjaya memang sentiasa menjadi impian setiap insan yang menyertai perniagaan MLM atau Network Marketing. Tidak di nafikan ramai yang ingin mencontohi pemimpin-pemimpin MLM yang telah menjadi usahawan berjaya dan usahawan contoh kepada masyarat, namun tidak semua yang mampu sampai ke tahap yang sedemikian.

Tetapi itu mungkin 10 tahun yang lepas. Di zaman IT dan internet masakini, impian insan biasa menjadi luarbiasa dan menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam MLM bukan lagi igauan semata-mata. Ianya sudah di buktikan dengan adanya internet, ramai orang yang dulunya bukan jaguh MLM tetapi sekarang sudah bergelar Jutawan MLM.

Kalau dulu sekadar nak dapat duit sampingan atau duit saku bolehlah. Tetapi sekarang bukan sekadar duit saku, duit sampingan atau duit kahwin, malah menjadi Jutawan MLM pun sudah boleh dan mampu di lakukan !

Menjalankan bisnes MLM di internet memang satu kaedah yang baru. Sejak 2005 saya bersama Smart Success Team telah meneroka usaha ke arah menjalankan perniagaan MLM di internet. Online bisnis yang dulunya satu perkataan yang asing sudah menjadi lumrah sekarang ini.

Ramai yang sudah membuat duit di internet atau membuat duit di rumah dengan adanya kemahiran di dalam mempromosikan bisnes mereka di internet. Melalui internet jugalah saya dan rakan-rakan di Smart Success team mampu berhenti kerja dan buat bisnis MLM secara online.

Saya akan membongkar rahsia internet di dalam eZine terbaru yang telah saya keluarkan untuk membantu anda memperolehi ilmu dan kemahiran dalam menjalankan bisnis MLM anda di internet. Jika anda berminat, anda boleh melanggan secara percuma eZine "Tips Niaga MLM secara Online" dengan klik di sini.

Langganan anda adalah percuma dan setiap minggu akan saya sampaikan beberapa tips yang telah membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan perniagaan MLM secara sepenuh masa. Adakah anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya ? Dapatkan langganan anda secara percuma.

Jumpa di lain tip.