Ini adalah 4 Formula Kejayaan yang saya sering gunakan di dalam setiap seminar yang saya hadiri.
Rahsia Formula Kejayaan MLM
Rahsia MLM Pertama
1. Impian - Untuk berjaya di dalam sesuatu bidang, anda mesti mempunyai satu impian yang amat kuat. Impian inilah yang akan menjadi satu pendorong terkuat untuk menolak anda melakukan perkara-perkara yang orang gagal tidak mahu lakukan. Impian menjadikan anda seorang yang kebal dengan setiap ucapan-ucapan negatif yang akan anda terima di sepanjang proses anda untuk mencapai matlamat anda.
Impianlah yang akan menjadikan anda insan yang tabah dan persisten di dalam merealisasikan matlamat yang anda ingin-inginkan.
Rahsia MLM Kedua
2. Matlamat - Dalam setiap pekerjaaan yang kita lakukan, kita mesti mempunyai matlamat. Iaitu tujuan yang ingin di capai. Matlamat yang perlu ada mestilah tepat dan tidak boleh kabur. Matlamat yang kabur tidak akan membawa anda ke mana-manapun.
Adalah penting kepada anda untuk mempunyai SMART Matlamat iaitu :
S - Specific (Matlamat yang kita ketahui dengan jelas)
M - Measurable (Matlamat yang boleh di ukur, iaitu kita mempunyai satu matlamat yang boleh di ukur pencapaian dan boleh di buat perbandingan)
A - Attainable (Matlamat yang boleh di capai mengikut kemampuan diri)
R - Realistic (Matlamat yang di inginkan mestilah boleh di capai dalam satu jangka masa yang munasabah)
T - Timeline (Matlamat anda mesti ada tarikh untuk di capai)
Matlamat MESTI di tulis dan lengkap dengan apa yang di inginkan secara terperinci dan di tetapkan masa untuk di capai. Matlamat yang di tulis mesti di analisa atau review sentiasa untuk memastikan apa yang kita lakukan setiap hari mendekatkan kita kepada matlamat yang ingin di capai.
Rahsia MLM ketiga
3. FOKUS
Dalam melakukan sesuatu kita mesti fokus. Fokus atau tumpuan memberikan kita tenaga atau energi yang cukup untuk melaksanakan tugas kita.
Sebagai contoh jika anda mempunyai sebuah kotak yang ingin anda buatkan satu lubang melaluinya. Anda di berikan 2 alat untuk di gunakan bagi membuat lubang tersebut. Alat yang pertama ialah sebatang pisau yang tajam dan alat yang kedua ialah sebatang sudu.
Jika anda menikam atau mencucuk kotak tersebut untuk membuat lubang dengan menggunakan sebatang sudu, sudah pasti energi yang anda gunakan adalah tinggi tetapi anda masih tidak mampu membuat sebuah lubang. Tetapi jika anda menggunakan sebatang pisau dengan mudah tugas anda akan terlaksana.
Pisau yang tajam tapi mempunyai energi yang tertumpu di satu tempat manakala sudu yang tumpul pula energinya di merata tempat dan tidak tertumpu.
Jadi inilah kuasa FOKUS yang amat kuat. Di dalam Smart Success team anda akan belajar bagaimana menggunakan kuasa FOKUS ini seperti kuasa fokus "Laser Beam".
Rahsia MLM ke Empat
4. TINDAKAN Berterusan dan Konsisten - Walaupun anda sudah mempunyai impian, matlamat yang bertulis dan fokus di dalam menjalankan apa yang anda impi-impikan namun tanpa TINDAKAN ianya tidak akan membawa anda ke mana-mana.
Tindakan juga perlu yang BERTERUSAN dan BERKONSISTEN. Inilah yang akan menghasilkan kejayaan dalam satu jangka masa yan panjang dan berterusan.
Jika anda ingin memperolehi Modal Insan mencapai matlamat dan impian anda, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut bagaimana Smart Success team boleh merealisasikan impian anda menjadi seorang Usahawan MLM dan Jutawan MLM satu hari nanti. Klik saja di sini untuk maklumat seterusnya ....
Salam Sukses Luar Biasa !
Khairul Aza
Sistem Duplikasi Terkini MLM Success dalam 3 langkah
Bagaimana Khairul Aza Mencipta kejayaan di dalam Smart Naco dan Smart Success Team
I can only coach 3 people to become a Successful Leader in Smart Naco - Click Here If you are the one !
Thursday, November 15, 2007
Rahsia Jutawan MLM dalam 4 formula kejayaan
Posted by
rahsiamlm
at
7:18 PM
0
comments
Labels: rahsia internet, rahsia internet mlm, rahsia mlm, usahawan mlm
Subscribe to:
Posts (Atom)






.gif)

